entah kenapa tiba2 aku rasa 2 bulan tu xde la lama sgt.tibe2 aku rasa sedih menantikan kehadiran 2bulan yang aku rasakan akan mengubah corak hidup aku..cecehh...ye ker??entah2 bila dua bulan tu tiba,dah xde makne pon sebuah penantian.ramai jugak org tertanya2 kenapa aku melakukan sesuatu nih,alasan awal aku memang masih aku teruskan,tetapi semakin lama aku teruskan alasan lama aku,aku semakin banyak alasan untuk aku terus melakukan sesuatu ini.hati aku berbunga2,hidup aku terasa semakin luas,dunia aku semakin warna warni..walau pulangannya x seberapa..tetapi semuanya mmbuatkan aku cukup untuk tersenyum sehingga aku xpernah mengeluh.kalau sesekali aku buka mulut merungut tu,tu pon sebab saje je gatal2 nak mengata...
2bulan lagi....sesuatu yg agak terkesan pada hati aku sejak aku ternampak apa yg sepatutnya aku x patut nampak..tapi,adakah cuma aku yg tahu ape yg aku tahu tuh??atau lagi indah jika aku yg pertama yg mengetahuinya??hati aku,fikiran aku benar2 teralih kepada sesuatu yg sedang berlegar dalam hati aku nih.sesuatu yg xterlalu indah untuk diingati tapi sesuatu yg mmberi kesan kepada perkembangan jiwa..suatu angin yang melanda jiwa aku kini cukup kuat untuk aku mula melupakan monsoon dan taufan yg pernah melanda hati aku dulu.sehinggakan angin yg melanda aku hampir dua tahun lamanye dapat aku buang,dapat aku tersenyum saat aku rasa aku tidak perlu lagi terbuai dengan hembusan bayunya..sehingga juga taufan yg merosakkan jiwaku dapat aku tukar dengan kemarau panjang,dapat aku buang jauh2 sehingga aku tidak ingin lagi bergayut pada ranting sebatang yg bila2 masa bisa patah kerana kereputan..
2bulan lagi..aku menunggunya dengan revolusi yang positif..sungguh,aku terasa aku betul2 dambakan pesona bayu ini..namun,2bulan yg kutunggu ini akan menetukan adakah angin yg betiup ini akan sama arahnya sepanjang usiaku meniti atau akan tiba2 menukar arah hembusannya..hembusan bayu ini jugak akan mmbuatkan aku kembali berpanas dan bukan lagi terbuai nyaman dengan bayu yg bertiup indah....
aku betul2 xmahu dua bulan ni berlalu..namun aku tahu,ia tetap akan berjalan...namun,aku teringat suatu pesan drpd seorang kawan yg semakin melupakan aku..dia berkata...berdoalah kepada pencipta mu dengan berkata..panjangkanlah usia ku sekiranya perjalan usia aku ini akan mendekatkan aku denganNYa,tapi pendekkanlah usia ku sekiranya perjalan usia aku akan mensyirikkan aku..
aku tunggu 2 bulan ini dengan sabar demi revolusi positif yg akan melanda hidupku..
No comments:
Post a Comment